4 Langkah Mudah Berniaga Secara Online Semasa PKP
Sejak bermula pandemik COVID-19, banyak perniagaan yang terjejas terutamanya perniagaan kecil dan sederhana. Ramai peniaga terpaksa gulung tikar kerana tidak mampu menampung kos perniagaan. Ini terjadi kerana peniaga masih mengharapkan jualan secara fizikal di kedai.
Namun begitu, sebilangan besar peniaga yang berjaya bertahan kebanyakannya menjalankan perniagaan secara atas talian (online). Ini membolehkan peniaga mendapatkan jualan walaupun tidak berniaga di kedai.
Mungkin ramai yang tidak tahu macam mana cara untuk jalankan perniagaan secara online. Sebenarnya, ia tidak sukar, cuma perlu cari platform yang sesuai untuk perniagaan anda.
Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mula berniaga secara online.
1. Dapatkan Platform Kedai Online (Online Store)
Ramai peniaga menggunakan Whatsapp atau Telegram untuk jalankan perniagaan online. Tetapi, cara ini tidak digalakkan kerana ia memerlukan tenaga kerja yang banyak. Peniaga perlu sentiasa membalas mesej dan beri maklum balas sebelum dapat sebarang pesanan.
Dengan kedai online (online store), anda boleh dapatkan pesanan dengan mudah.
- Berikan pautan (link) kedai anda kepada pelanggan.
- Pelanggan memilih daripada katalog.
- Pelanggan membuat pesanan.
Ini semua boleh dilakukan tanpa sebarang komunikasi secara manual.
2. Sediakan Cara Pembayaran Mudah Untuk Pelanggan (Payment Gateway)
Pembayaran melalui cara lama seperti Whatsapp mengundang masalah. Pindahan wang secara manual mengambil masa yang lama. Jika berlaku sebarang masalah, banyak perkara yang perlu dilakukan untuk perbetulkan kesilapan semasa pemindahan wang pesanan.
Dengan kedai online yang baik, pembayaran dilakukan serta merta. Anda hanya perlu menunggu pengesahan dari pihak penyedia bayaran. Tambahan lagi, semua transaksi pembayaran akan direkod untuk rujukan anda.
3. Lakukan Penghantaran Kepada Pelanggan Anda. (Delivery)
Anda perlu menyediakan perkhidmatan penghantaran untuk produk kedai anda. Mencari penghantar atau ‘runner’ adalah satu tugas yang mencabar jika bersendirian. Anda perlu pastikan servis penghantaran itu dilakukan dengan cepat dan tepat.
Dengan kedai online yang lengkap dengan servis penghantaran, anda tidak perlu pening kepala tentang penghantaran produk kedai anda. Segalanya diuruskan oleh pihak penghantar, jadi anda boleh tumpukan lebih masa untuk memberikan servis yang lebih baik kepada pelanggan.
4. Lakukan Analisa Dan Laporan Jualan Anda. (Analytics & Reporting)
Menyimpan rekod perniagaan amat penting dalam pengurusan perniagaan. Anda perlu menganalisa prestasi kedai dan laporan mingguan/bulanan. Ini akan membantu anda membuat keputusan pada masa hadapan.
Dengan kedai online anda, semua rekod perniagaan akan dirakamkan secara automatik. Anda boleh gunakan data ini untuk penambahbaikan perniagaan anda.
Kesimpulan
Seiring dengan perubahan ekonomi dan teknologi, para peniaga perlu mula mendigitalisasikan perniagaan mereka bagi menjana pendapatan yang terkesan akibat pandemik COVID-19.
Kami ingin mengajak anda untuk mencuba platform kedai talian (online store platform), Getorders. Dengan Getorders, anda boleh mula berniaga online dengan mudah dan pantas.
Dalam masa yang singkat, anda boleh mendapat:
- Kedai online sendiri dalam masa beberapa minit
- Kaedah pembayaran terus ke akaun bank.
- Servis penghantaran automatik ke para pelanggan.
- Rekod jualan sedia dirakam untuk kegunaan anda.
Yang paling menarik, Getorders tidak mengenakan cas komisen berbanding dengan aplikasi penyedia penghantaran yang lain.
Jadi apa tunggu lagi? Mari berdaftar dengan Getorders SEKARANG!
Maklumat pakej Getorders: http://ec2-13-251-124-138.ap-southeast-1.compute.amazonaws.com/pricing/
Daftar sekarang: https://cloud.getorders.app/#/signup